Monday, March 20, 2017

JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA DENGAR BERITA PASLU - NAJIB

    Najib Tmenyampaikan amanat pada Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO dan Sayap-Sayap   Cawangan 2017 Bahagian Pekan pada Ahad




Rakyat perlu menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mengelak daripada terperangkap dengan agenda menjatuhkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika rakyat tertipu dengan dakyah-dakyah berkenaan, masa depan negara bakal terjejas apabila membuat keputusan yang silap semasa PRU itu nanti.

"Dalam persekitaran politik yang sentiasa dinamik, ia terbuka dan terdedah kepada perubahan dan mungkin orang akan buat keputusan berdasarkan kepada maklumat yang salah dan tidak tepat yang mana keputusan yang dibuat itu boleh memberi kesan yang cukup besar dan kadangkala buruk pada kerajaan.

"Kita lihat perkara ini tidak hanya berlaku di negara kita malah negara maju, contohnya semasa United Kingdom mengambil keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah.

"Keputusan itu dibuat berdasarkan kempen Brexit yang disogokkan dengan maklumat yang tidak tepat dan akhirnya ia silap dan sejarah United Kingdom berubah sama sekali... kini tidak boleh kembali kepada apa yang telah mereka lalui sebelum ini," katanya.
Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak mesyuarat cawangan dan ketiga-tiga sayap Umno cawangan dalam Bahagian Pekan, di sini Ahad.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Abu Bakar Harun, Ketua Pemuda bahagian, Datuk Shahruddin Ahmad dan Ketua Puteri bahagian, Malia Irdawatie Khairuddin. 

Beliau berkata semasa PRU13, pembangkang juga banyak menyebarkan berita yang tidak benar untuk tujuan menakut-nakutkan pengundi supaya membenci kerajaan termasuk isu pembinaan kilang Lynas dan kehadiran 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh.
"Kita lihat kebanyakan berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih kerana ada juga yang dibuat untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

"Contohnya isu kilang Lynas di Kuantan, sebelum PRU13 ia begitu hangat diperkatakan sehingga pembangkang kata kalau ada kilang ini seolah-olah negara kita kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana tahap radiasi yang tinggi," katanya.

"Sekarang sudah lima tahun berlalu, senyap sepi...pembangkang tidak lagi bangkit isu ini sebabnya PRU sudah berakhir," katanya. Hakikat sebenar, katanya, mengikut laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri mengesahkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di bandar Kuantan.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah buruk tentang kerajaan yang semakin banyak disebarkan oleh pembangkang sejak akhir-akhir ini semata-mata untuk kepentingan agenda politik mereka.
"Jangan terpengaruh dengan tuntutan kononnya jika Umno dan Barisan Nasional kalah, keadaan akan menjadi lebih baik, sedangkan pembangkang hari ini sendiri tidak sekata dalam banyak perkara.

"Mereka buat simbol dan menifesto yang hampir sama tetapi bagaimana boleh berjaya jika asas perjuangan pun tidak selaras, saya tidak percaya ia boleh dilakukan dan ini mungkin hanya lakonan peringkat awal bertujuan menjatuhkan BN dan Umno.

"Dalam agama Islam juga kita diingatkan supaya selidik berita terutama yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka kepada orang lain ,"katanya.
Sementara itu, presiden Umno itu meminta anggota dan pemimpin Umno terus berpegang kepada konsep wala' ataupun kesetiaan kepada pemimpin demi keutuhan dan perpaduan parti untuk menghadapi PRU14 akan datang. 

"Kita mesti memahami bahawa sebagai sebuah parti politik, kita ada hubungan antara pemimpin dan anggota. Dalam persidangan Umno tahun lepas saya telah menghuraikan dengan panjang lebar konsep ketaatan kepada pemimpin atau wala'.

"Kalau kita ada hubungan kesetiaan dan ketaatan, parti kita akan jadi kuat, sebaliknya kalau selalu pertikai apa sahaja keputusan oleh parti apatah lagi keputusan yang tidak memihak kepada kita, ia akan menyebabkan kita mencari jalan pertikai keputusan itu, ataupun lebih buruk menjadi gunting dalam lipatan.

"Sehubungan itu kita berharap apabila tiba masanya PRU nanti jangan ada anggota parti yang khianat kerana parti inilah harapan kita...kalau kita tergugur maka sukar bagi kita mengembalikan kekuatan parti.

"Kembalilah kepada prinsip wala' ia atau ketaaatan kerana amat besar pengertian kepada kita semua," katanya

PRINSIP 5P BAGI KEMENANGAN UMNO

    Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menggariskan formula '5P' untuk Umno mencatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.


Prinsip 5P itu iaitu Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan dalam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.

Katanya kesetiaan kepada pemimpin dan parti mestilah diutamakan bagi meneruskan kesinambungan parti Umno.

"Sejak awal penubuhan Umno lagi dasar memelihara persahabatan dan permuafakatan antara Umno, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional.


"Kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi," katanya dalam ucapannya di Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di sini, Ahad.

Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan Parlimen Gombak.

Prinsip yang terakhir iaitu kepercayaan kepada perjuangan parti, agama, bangsa dan negara juga merupakan faktor yang penting dalam memastikan kemenangan Umno.

Sunday, March 19, 2017

JANGAN JADI MUSUH DALAM SELIMUT - NAJIB



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat akan beberapa perkara yang boleh memusnahkan negara, antaranya menjadi musuh dalam selimut atau bersekongkol dengan musuh-musuh negara.

Perdana Menteri berkata mereka ini adalah antara orang yang tidak cintakan negara dan hanya ingin melihat akan kehancurannya.

"Sebagai Perdana Menteri, kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan saya.
Saya akan pastikan Malaysia terus berjaya dan kekal aman serta rakyat terus berpeluang untuk mencari rezeki di negara ini.

"Dalam mencapai objektif tersebut, penting untuk saya mengingatkan semua akan beberapa perkara yang boleh memusnahkan negara kita sendiri," katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com.

Memperingati peristiwa di Lahad Datu, Najib berkata negara telah kehilangan patriot-patriot berikutan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

"Kita masih ingat lagi peristiwa di Lahad Datu di mana anggota keselamatan telah terkorban kerana wujudnya musuh dalam selimut.

"Ketika itu, pihak pencoroboh telah mendapat maklumat awal akan pergerakan pasukan keselamatan kita dan melakukan serangan hendap di sebuah rumah," katanya.
Baru-baru ini juga, kata beliau, rakyat hampir menjadi mangsa akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bagaikan gunting dalam lipatan sehingga negara hampir kehilangan pelaburan dari Arab Saudi.

Ini berikutan penyebaran fitnah berkenaan keadaan ekonomi negara yang kononnya kerajaan akan bankrap dan bakal tidak mampu membayar gaji perkhidmatan awam.
"Ini tidak benar sama sekali. Alhamdulillah, setelah menunjukkan prestasi sebenar ekonomi negara, Arab Saudi telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM31 bilion di Malaysia melalui syarikat minyak Aramco," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, rakyat Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya pihak tidak bertanggungjawab tersebut berjaya dalam fitnah mereka.
Berikutan fitnah itu, Najib berkata rakyat sudah pasti akan dinafikan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta peluang pendapatan dari sektor sokongan hasil pelaburan Arab Saudi tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan rasa pelik terhadap bekas pemimpin negara yang turut memburukkan negara dengan berita yang tidak benar sama sekali.

"Menurut beliau, Malaysia adalah antara 10 negara yang korup di dunia. Ini tentunya tidak benar. Sebenarnya, kita berada di tangga ke-55 antara 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016, dan sudah tentunya masih wujud ruang untuk penambahbaikan.

"Tetapi untuk berbohong, menyebarkan fitnah dan memburukkan tanah air sendiri, saya soal di manakah semangat cintakan negara pemimpin tersebut?" tanya Najib.
Sebagai pemimpin, beliau menganggap perkara-perkara tersebut sebagai cabaran dan peringatan dalam membina negara yang tercinta.

"Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia harus terus mengorak langkah ke hadapan. Dalam menghadapi cabaran, kita juga telah menyaksikan potensi sebenar Malaysia apabila rakyatnya bersatu-padu," kata Najib.

Mengambil contoh acara badminton di Rio, katanya negara hampir memenangi pingat emas Sukan Olimpik manakala pemain bola sepak Faiz Subri berjaya memenangi anugerah Puskas FIFA atas semangat negara dan sokongan rakyat.

"Krisis MH370 dan MH17 juga telah menunjukkan betapa kuatnya Malaysia apabila rakyatnya bersatu dan Insya-Allah, krisis hubungan diplomatik dengan Korea Utara ini juga akan diselesaikan," kata Perdana Menteri.

Selain itu, katanya kesemua rakyat Malaysia adalah patriot-patriot negara walaupun tidak berjuang di medan pertempuran.

"Kita adalah patriot jika kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam," katanya.

Sebagai guru, katanya mereka adalah patriot jika berdedikasi dalam mendidik anak bangsa, ibu-bapa adalah patriot dalam memastikan anak-anak membesar menjadi insan yang berguna manakala rakyat pula harus terus menunjukkan perasaan kasih sayang.

Maka dalam usaha membina negara ini, beliau berkata rakyat harus kekal bersatu dan semangat cintakan negara harus dipupuk secara berterusan serta semangat patriotisme mestilah disemarakkan dan dizahirkan sepanjang tahun, bukan sekadar wujud dalam bulan Ogos.


PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUTKAN



KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 4 April ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan, yang bermula esok, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara jam 6 petang hingga 6 pagi.

Perintah berkurung tersebut meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Berdasarkan maklumat, katanya, kumpulan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya. - 

PELANCARAN UNICEF INTERNATIONAL BORNEO MARATHON








Pelancaran UNICEF International Borneo Marathon; Lawatan rasmi YAB. Ketua Menteri Sarawak; pelancaran Projek Penyaluran Gas Fasa Ketiga Sabah Energy Corporation (SEG); Pembukaan Hotel Hilton Kota Kinabalu dan Majlis Perkahwinan anak kepada Tim. SUT Kem. Kewangan Sabah, Encik Muluk Samad.

WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?






Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah. 

1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London. 

2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW! 


3. Analisis cerita Zahida dan Shafie mudah sahaja.

i.  Mac 2012 :  Zahida melaporkan kepada polis dan mendedahkan dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan dia kehilangan wang berjumlah RM200,000 pada Mac 2012 dan pelakon Zahida menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman Azemi pemandu peribadinya. 


ii. April 2012: Zuraida dan beberapa pemimpin PKR dedahkan hubungan skandal Shafie Apdal dan Zahida Rafik. Termasuk dana lebih kurang RM1.5 juta. 


iii. Mei 2012 : Zuraida dan Azman terima notis saman Zahida Rafik- Saman ini tidak diteruskan


iv. 1 Feb 2013: Bekas pemandu Zuraida dipanggil SPRM- Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).


v. November 2013 Bekas pemandu Zahida, Azman saman semula Zahida Rafik. 


vi. Oktober 2014Pemandu Zahida didakwa di mahkamah majistret melakukan pecah amanah RM200,000

vii. Februari 2015: Zahida Rafik dituduh bersalah fitnah bekas pemandu diarah bayar RM150,000

viii. April 2016: Peguam Zahida (Shafiee Abdullah) tak hadir mahkamah rayuan, Zahida diarah bayar RM5000

Zahida Rafik menipu laporan polis atau
takut skandal terdedah?

4. Mengapa agaknya Zahida tidak meneruskan saman mencabar Azman bekas pemandunya dan Zuraida Kamarudin MP Ampang? Zahida membuat laporan palsu? Ada sesuatu yang disembunyikan dari kes wang RM200K dilarikan sehingga terbongkarnya kes wang hampir RM1.5 juta dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik. 


5. Azman dipanggil SPRM memberi keterangan pada Februari 2013 dibawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA). Bagaimanapun kes itu ditutup kerana arahan Tan Sri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu yang punya hubungan rapat dengan ahli politik seperti Dato' Seri Shafie Apdal. Sehingga kini kes itu tidak pernah dibuka lagi. Bagaimana pula sekarang jika kes itu diteruskan dibuka di bawah AMLA? Zahida dan Shafie kecut perut? 


6. Tangkap Zahida dibawah AMLA pasti Shafie bangun dari tidur membela! Pasti demi cinta Shafie Apdal bakal jadi gila?

7. Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Soalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik?

Transaksi itu ialah pada ;
Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember - RM333,000
Januari 2012 - RM510,000

Dakwaan Zuraida di Parlimen mengenai wang RM1.5 juta


Azman Pemandu Zahida Menang Kes 
Saman Malu RM150,000

8. Memandangkan Zahida terperangkap dengan laporan polis wang RM200,000 ribu itu Azman bekas pemandu Zahida menyaman semula Zahida November 2013. Akhirnya keputusan kes itu berpihak kepada Azman pada Februari 2015. 

9. Hakim Datuk Hue Siew Kheng kes itu berkata Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya. Azman tidak menipu. Bermakna wang yang dimasukkan ke dalam akaun Zahida sebagaimana didedahkan itu juga adalah benar. 

10. Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya. Malah Zahida diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000

11. Noor Azman bukan sahaja untung duit RM200,000 atas angin juga kos mahkamahnya terpaksa dibayar Zahida malah dapat lagi RM150,000 sebagai ganti rugi

12. Jarang kita dengar peguam Tan Sri Shafie Abdullah kalah dalam perbicaraan melainkan mereka membiarkan saja dalam kekalahan. Malah dalam kes rayuan keputusan kes ini tahun lalu pun peguam Zahida ambil endah saja. 

13. Apapun yang berlaku. Yang amat pasti Zahida Rafik, Shafie Apdal akan melakukan apa sahaja untuk melindungi isteri keduanya yang dirahsiakannya. Kekayaan dan harta terus dilimpahi buat Zahida. Sama ada Zahida kalah mahkamah atau tidak, Zahida tetap kekal kaya sehingga punya rumah di london. Sebab itu jika Zahida diheret semula Shafie pasti derita!. Dulu dia mungkin dilindungi. Bagaimana sekarang? Tunggu saja pasti akan ada yang kena di mana-mana! Shafie Apdal jangan sombong mendabik dada nanti kalau kena menangis tiada air mata


Sudah tiba masa NGO Gaum laporkan semula kes Zahida dan Shafie ini di bawah AMLA. Bagaimana Zahida boleh dapat wang sebanyak itu. Mungkin Zahida sudah memindahkan wangnya namun transaksi pasti masih wujud memandangkan Zahida bukan artis yang dibayar tinggi.




Boy Libaran
19 Mac 2017